Kerjaya kelab Syihan Hazmi

Ahmad Syihan mula bermain dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2012. Setahun kemudian beliau bermain dengan pasukan Harimau Muda C dalam Liga FAM Malaysia 2013.

Selepas dilepaskan oleh Harimau Muda C, beliau menandatangani kontrak bersama Kelantan FA tetapi masa bermainnya terhad dalam Piala Presiden Malaysia.[2] Satu-satunya penampilan rasmi beliau untuk Kelantan ialah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Pahang pada 20 Ogos 2016 di mana Kelantan tewas 2-0. Beliau juga menyelamatkan penalti yang diambil oleh Kogileswaran Raj dalam perlawanan itu.[3]

Pada 2018 beliau menyertai Negeri Sembilan FC tetapi digantung 20 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia kerana gagal ujian doping semasa menyertai Piala Asia B-23 AFC di China.[4]

Beliau kembali daripada penggantungan pada 2020 dengan menandatangani kontrak bersama Petaling Jaya City F.C. Disebabkan kekurangan masa bermain, beliau meninggalkan kelab dan kembali ke Negeri Sembilan.[5] Beliau membuat penampilan pertama kali kedua untuk Negeri Sembilan menentang Sabah FC pada 4 Mac 2022. Negeri Sembilan menang 1-0 yang turut menyaksikan beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Neto Pessoa.[6]

Rujukan

WikiPedia: Syihan Hazmi http://www.soccerway.com/players/ahmad-syihan-hazm... http://m.utusan.com.my/Sukan/20130327/su_01/Malays... http://www.sports247.my/2013/02/the-new-khairul-fa... https://asia.eurosport.com/football/ahmad-syihan-h... https://www.malaysianfootballleague.com/articles/s... https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/7706010345... https://www.youtube.com/watch?v=09F3-BdDGQ0 https://www.youtube.com/watch?v=Jd9GCzr7PcM https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/06/4361... https://fam.org.my/news/senarai-30-pemain-skuad-ma...